Tips bagaimana untuk mencari idea perniagaan

Semakin hari semakin ramai yang mula membuat perniagaan masing-masing. Ramai juga peniaga yang menukar perniagaan kerana perniagaan sebelumnya tidak dapat berkembang atau tiada sambutan. Sejak ekonomi negara jatuh, ramai pekerja terpaksa berhenti kerja dan mencari sumber pendapatan lain untuk meneruskan kehidupan. 

Saya pasti, sekiranya anda sedang membaca artikel ini, bermakna anda juga sedang mencari pendapatan tambahan. Tahukah anda bahawa perniagaan merupakan satu cara yang sangat bagus untuk anda menambah pendapatan di samping menjadikannya sebagai platform untuk membuat pelaburan. 
Pelaburan dalam bidang perniagaan mampu memberikan pulangan berganda mengikut jenis perniagaan.
Disini saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk mencari idea perniagaan:

Gunakan google sebagai tempat pencarian

  • Anda boleh menaip keyword ‘idea-idea perniagaan di Malaysia’
  • Selain dari keyword tersebut, anda juga boleh taip ‘perniagaan modal rendah’ dan sebagainya.

Senaraikan kepakaran dan minat anda

  • Sekiranya anda minat mengemas rumah, dan anda dapat mengemas rumah dengan pantas, anda boleh mulakan perniagaan mengemas rumah 
  • Sekiranya minat dan kepakaran anda ada pada memasak, anda dapat memasak pelbagai lauk, maka anda boleh mulakan perniagaan nasi berlauk yang dipacking dalam bekas kedap udara atau anda boleh membuka kedai dalam food panda.
  • Sekiranya anda mahir menjahit pakaian, anda boleh mengambil tempahan menjahit pakaian.
  • Sekiranya anda suka bercuti di hotel-hotel, anda boleh menjadi ejen untuk menjual tiket-tiket hotel dan mendapat komisen dari jualan tiket tersebut.
  • Sekiranya anda mempunyai suara yang unik, anda boleh mencuba bakat anda untuk menjadi suara latar bagi cerita kartun.

Melihat peluang dari masalah dan trend terkini

  • Anda boleh melihat isu semasa dan jadikan masalah yang ada sebagai satu peluang untuk mulakan perniagaan. Sebagai contohnya banyak kes pecah masuk rumah. Jadi anda boleh menjual alarm atau cctv untuk mengurangkan jenayah pecah masuk rumah.
  • Contoh lain, anda dapat berita dari kementerian bahawa anak-anak berumur 6 tahun masih sukar membaca, jadi anda boleh mencari cara dan jalan bagaimana untuk membolehkan anak-anak cepat membaca. Mungkin anda boleh sediakan satu application untuk kegunaan anak-anak? Sekarang telah ramai yang menyediakan servis membuat application. Anda sudah ada idea? Kembangkan idea anda menjadi satu perniagaan yang boleh memberikan pendapatan buat anda. Menarik bukan!

Masuk ke dalam market place

  • Anda boleh menjadikan market place seperti Shopee,Lazada, Zalora dan sebagainya sebagai tempat rujukan untuk anda mencari idea perniagaan.
  • Anda boleh membuat filter dari website tersebut apa ciri-ciri barang yang ingin anda pasarkan.
  • Sebagai contohnya anda ingin menjual barangan yang murah dan tidak lebih Rm10, anda boleh membuat filter harga Rm10. Nanti anda akan lihat hanya barang-barang yang berharga Rm10 sahaja yang dipamerkan di screen anda. Jadi anda boleh mula membuat pilihan barang apa yang ingin anda jual.

Melihat barang apa yang anda minat dan suka

  • Sekiranya anda seorang yang suka pada barangan gadget, anda boleh mula membuat survey barang-barang tersebut dan jadikan sebagai produk untuk perniagaan anda.
  • Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang masih kecil dan anda kerap membeli pakaian untuk anak-anak anda, anda boleh mencari supplier untuk menjual pakaian kanak-kanak disamping anda dapat menjimatkan kos membelli pakaian anak-anak anda.
  • Anda seorang yang suka menukar tudung? Atau anda suka memakai tudung bawal? Jadi kenapa tidak anda cuba menjual tudung jenama anda sendiri? Anda pasti seorang yang mahir tentang jenis kain dan bagaimana untuk membuat padanan warna tudung yang sesuai dengan pakaian. 

Adakah anda sudah nampak bagaimana untuk anda mencari ilham dan idea bagi memulakan perniagaan? Sekarang anda sudah boleh membuat kira-kira berapa modal yang anda perlukan dan bagaimana untuk anda mulakan perniagaan tersebut.

Disini saya ada sediakan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan, anda boleh rujuk dan jadikan sebagai panduan. Sekiranya anda mempunyai tips anda sendiri, anda boleh share apakah tips yang anda gunakan di ruangan komen di bawah supaya lebih ramai yang dapat manfaat dari perkongsian anda. 

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart