Panduan dan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan.

Setiap peniaga yang baru mulakan perniagaan wajib tahu langkah-langkah yang perlu di buat untuk memastikan perniagaan yang dijalankan berjaya. Ada perkara yang tidak boleh diabaikan kerana melibatkan undang-undang, jadi anda tidak boleh pandang remeh sekiranya anda serius ingin berjaya dan lama dalam perniagaan yang anda ceburi.

Jika anda merupakan seorang yang sedang mencari info berkenaan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan, anda boleh teruskan membaca artikel ini sehingga habis. Semoga segala persoalan anda terjawab. 

Disini saya senaraikan beberapa langkah yang boleh anda ikuti:

  1. Mengikuti program dan latihan.
  2. Memulakan rancangan perniagaan,lokasi perniagaan,nama atau jenis perniagaan dan pendaftaran.
  3. Mendapatkan pembiayaan kewangan.
  4. Memohon nama perniagaan.
  5. Mendaftar perniagaan.
  6. Memasarkan dan mempromosikan produk/perkhidmatan.
  7. Menstabilkan dan memajukan perniagaan

Mengikuti program dan latihan

Belia yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan boleh juga mengikuti program atau latihan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta.
Antaranya adalah:

  • Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) SME Corp  www.smecorp.gov.my
  • Program Latihan  Keusahawan MARA-KKLW www.rurallink.gov.my
  • Program Keusahawanan KEMAS-KKLW www.rurallink.gov.my
  • Institut Keusahawanan TEKUN Nasional (IKTN) www.tekun.gov.my
  • Pembangunan Usahawan ASL atau Program Usahawan www.programusahawan.com
  • Mengikuti kursus atas talian sama ada secara percuma atau berbayar. Untuk mengikuti kursus mengimport barang dari China secara percuma, boleh buat pendaftaran disini.

Memulakan rancangan perniagaan, lokasi perniagaan, nama atau jenis perniagaan dan pendaftaran.

a) Mengetahui Potensi Diri 

Selidiki kemampuan / kebolehan / kemahiran yang ada pada diri. Sebagai contoh, anda perlu cari apakah kemampuan dan kebolehan yang ada dalam diri anda. Jika anda berkemampuan dan mahir dalam bidang masakan, anda boleh jadikan kemahiran anda sebagai satu perniagaan. Fikirkan apakah masakan yang anda boleh sediakan secara konsisten. Fikirkan juga bagaimana anda boleh kembangkan kemahiran anda dan komersilkannya untuk mendapatkan keuntungan.

 b) Membangunkan Idea 

Pastikan bidang yang anda ceburi merupakan sesuatu yang anda minati dan bukan semata-mata kerana trend semasa. Hal ini adalah untuk memastikan anda sentiasa dapat menyumbangkan idea-idea baru untuk kembangkan perniagaan anda. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jika anda mahir dan minat bidang masakan,anda boleh fikirkan idea-idea yang menarik untuk membuat pelanggan berpuas hati dan seronok untuk membeli produk anda. Contohnya, anda dapat sediakan makanan yang tahan lama dan boleh di pos menggunakan kurier kerana makanan anda tahan lama dan masih segar bila dimakan. Di sini, anda juga boleh tawarkan produk anda pada ejen-ejen disetiap negeri.

c) Penyelidikan 

Fikirkan strategi untuk menjadikan perniagaan ini mudah di uruskan. Dan fikirkan sekiranya anda menjual produk ini, ditempat ini, pada harga ini, ada tak pembeli? Di zaman yang makin moden, anda perlukan sistem yang lebih tersusun supaya anda dapat uruskan perniagaan anda dengan mudah dan pantas. Buat satu sistem yang mudah untuk di ikuti oleh anda dan ejen.

d) Kenal Pasti Sasaran 

Pasaran Ini merupakan kriteria yang penting bagi membolehkan perniagaan dapat berdaya saing dengan kukuh antara pesaing lain. Cuba sasarkan pada pelanggan yang lebih tepat untuk mengelakan kerugian kos marketing.

e) Nama Perniagaan 

Tentukan nama yang sesuai untuk perniagaan anda. Kemudian semak melalui online sama ada nama perniagaan telah dimiliki ataupun tidak. Jika anda bercadang untuk menjadikan perniagaan anda lebih meluas, anda boleh membeli domain untuk anda buat website bagi perniagaan anda. Contoh domain, www.myrichbiz.com.

f ) Pendaftaran 

Pendaftaran merupakan satu langkah yang penting untuk anda lakukan dan anda tidak boleh terlepas atau skip untuk mendaftar perniagaan anda. Kerana ini melibatkan undang-undang yang wajib dipatuhi untuk memulakan sesuatu perniagaan yang sah. Bagaimana untuk membuat pendaftaran? Pendaftaran nama perniagaan dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Anda boleh pergi ke cawangan SSM yang berhampiran dengan kawasan anda.

g) Pembayaran Cukai 

Kenal pasti cukai yang wajib dibayar seperti cukai perniagaan, pendapatan, eksais dan lain-lain. 

h) Permit dan Lesen 

Pastikan anda mempunyai permit dan lesen yang sah untuk mengelakkan sebarang masalah timbul di kemudian hari. 

i) Lokasi Perniagaan 

Memilih lokasi yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda. Lokasi yang mudah diakses oleh anda, pelanggan dan pembekal bagi memudahkan pertumbuhan perniagaan.

 j) Pejabat

 Tidak perlu pejabat, sekiranya masih belum lagi mampu untuk memilikinya. Berniaga dahulu, dapatkan keuntungan yang tinggi dan kemudian kembangkannya.Setelah itu barulah buat pejabat kerana jika anda ada pejabat setelah perniagaan berkembang, ianya dapat meyakinkan pelanggan bahawa perniagaan anda wujud dan kukuh.

Mendapatkan pembiayaan kewangan

Bagaimana dengan pembiayaan kewangan perniagaan? 
Anda boleh dapatkan pembiayaan / pinjaman atau bantuan wang perniagaan di: 

  • Di bawah Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia dan diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan 
  • Pembiayaan Perniagaan Kecil 
  • Di bawah Skim Pembiayaan PROSPER Usahawan Muda 
  • Di bawah Skim Pembiayaan TEKUN 
  •  Di bawah Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) 
    • Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) www.teraju.gov.my 
  • Di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) 
    • Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) www.teraju.gov.my 
  • Di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) 
    • Skim Pembiayaan MARA www.mara.gov.my 
  • Di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Bank Rakyat 
  • Di bawah Agrobank 

Memohon nama perniagaan  

Apakah prosedur bagi memohonan nama perniagaan?

LANGKAH 1 : Pilih Nama Perniagaan Anda

Nama perniagaan merupakan gaya atau tajuk yang digunakan bagi pengenalan sesuatu perniagaan yang dijalankan. la boleh menjadi faktor besar yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan entiti perniagaan anda. 

Antara faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memberi nama pada perniagaan: 

  • Menarik.
  • Ringkas. 
  • Unik.
  • Menonjol.
  • Tidak ada orang lain berkongsi nama yang sama. 
  • Tidak terlalu panjang laitu tidak melebihi 50 huruf termasuk ruang di antara perkataan. 
  • Tidak boleh diubah atau ditukar apabila sudah didaftarkan. 
  • Penggunaan angka, tanda dan simbol tidak dibenarkan. 

Nama perniagaan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu: 

  1. Nama sendiri seperti di dalam kad pengenalan. Tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan 
  2. Nama “TRED” ialah nama perniagaan yang dicadangkan. Perlu mendapat kelulusan Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 

Contoh: Milana Catering atau Dobi Bagus Sdn Bhd.

LANGKAH 2 : Lengkapkan Borang 

  • Lengkapkan Borang Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42) dengan tiga cadangan nama perniagaan. 
  • Lampirkan bersama Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) di kaunter SSM. 
Panduan mengisi borang
Contoh Borang A

LANGKAH 3 : Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) 

  • OYB iaitu pemilik atau rakan kongsi perlu mengemukakan permohonan di SSM yang berdekatan atau secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my 
  • Alamat SSM tertakluk kepada tempat / alamat pemohon pendaftar perniagaan masing-masing. 
  • Alamat Ibu Pejabat: 

MENARA SSM@SENTRAL 

No. 7, Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral 50623 Kuala Lumpur, Malaysia 

   Tel: 03-7721 4000 

   Fax: 03-7721 4001 

Ingatkah anda bagaimana memohon nama perniagaan? 

LANGKAH 1 

Pilih Nama Perniagaan Anda 

LANGKAH 2 

Lengkapkan Borang PNA.42 dan lampirkan bersama Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) di www.ssm.com.my

LANGKAH 3 

Serahkan Borang PNA.42 dan Borang A ke Kaunter SSM yang berdekatan atau secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement www.ssm.com.my

Mendaftar perniagaan.

Tahukah anda prosedur bagi pendaftaran perniagaan baru? Langkah ini anda boleh buat terus ketika mendaftar nama perniagaan.
Apabila anda telah bersedia dengan nama perniagaan anda maka bolehlah mula melangkah ke dunia perniagaan yang sebenar. 
Daftarkanlah perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada: 

  • Syarikat tunggal 
  • Syarikat perkongsian 
  • Syarikat Sdn Bhd. 

 LANGKAH 1 

  • Pendaftaran Boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama “TRED” 
  •  Nama sendiri Seperti di dalam kad pengenalan Tidak perlu memohan kelulusan nama pernlagaan 
  •  Nama “TRED” lalah nama perniagaan yang dicadangkan Contoh:

Kedal Roti Qaseh dan Taratak Bonda Catering Perlu mendapat kelulusan Pendaftar Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 

LANGKAH 2 

  • Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baharu (Borang A) 
  • Nama perniagaan 
  • Tarikh permulaan perniagaan 
  • Alamat utama perniagaan 
  • Alamat cawangan perniagaan (jika ada)  
  • Maklumat pemilik dan rakan kongsi 
  • Jenis perniagaan yang akan dijalankan 
  • Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (Jika ada)

LANGKAH 3 

Pemilik dan Rakan Kongsi hendaklah menurunkan tandatangan di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal atau rakan kongsi. 

LANGKAH 4 

Pendaftaran Pemilik atau semua rakan kongsi perlu hadir untuk urusan pendaftaran. 

LANGKAH 5 

Dokumen Yang Perlu Dilampirkan:

  • Surat kebenaran atau surat sokongan bagi jenis perniagaan
    1. Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
    2. Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah / Kolej Pendidikan (Kementerian / Jabatan Pendidikan). 
  • Surat kebenaran atau surat sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan. 

LANGKAH 6 

Syarat Kelayakan Mendaftar Perniagaan

  • Pemilik mestilah warganegara Malaysia atau penduduk tetap.
  • Pemilik mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pemilik dan rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan. 
  • Semua pemilik dan rakan kongsi perlu hadir ke kaunter SSM yang berdekatan atau secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement www.ssm.com.my. 
  • Alamat / Lokasi SSM tertakluk kepada tempat / alamat pemohon pendaftar perniagaan masing-masing. 

LANGKAH 7 

Yuran Pendaftaran

  • RM30.00 untuk nama sendiri 
  • RM60.00 untuk nama ‘TRED’ 
  • RM5.00 untuk pendaftaran cawangan setahun bagi setiap cawangan

Anda masih ingat prosedur untuk mendaftar perniagaan baru? 

  1. Daftar nama perniagaan. 
  2. Lengkapkan Borang A di www.ssm.com.my 
  3. Pemilik / rakan kongsi hadir dan menurunkan tandatangan. 
  4. Serahkan Borang A bersama Borang PNA.42 ke kaunter SSM yang berdekatan.

Memasarkan dan mempromosikan perniagaan

Perhatikan contoh cara memasarkan dan mempromosikan perniagaan di bawah. Kemudian cuba anda boleh isikan maklumat tentang perniagaan anda pula. Anda akan nampak lebih jelas bagaimana untuk jalankan perniagaan.

CONTOH 1

  • Jenis perniagaan: : Menjual itik, daging itik, telur masin serta pembekal di sekitar kawasan luar bandar di Bentong, Pahang.
  • Faktor kejayaan: Berani mengambil risiko walaupun pada mulanya mengalami kerugian dan kekangan kewangan.
  • Pendapatan bersih: Minimum RM2000 sebulan.
  • Kaedah pemasaran: Bergerak secara aktif dalam perniagaan semasa dalam pengajian dan mendapat sokongan daripada pengurusan kolej komuniti dalam mengembangkan lagi perniagaan ini.

CONTOH 2

  • Jenis perniagaan: Mini Katering dan Makanan Frozen, Nasi Lemak Singgit Putrajaya, Mini Catering Putrajaya dan Satay Pak Abu Frozen.
  • Faktor kejayaan: Minat yang mendalam dan tidak mudah berputus asa. Suami sebagai penyokong kuat dalam membantu urusan perniagaan seharian.
  • Pendapatan bersih: Minimum RM2000 sebulan.
  • Kaedah pemasaran: Media sosial terutamanya Facebook dan Instagram. Media sosial merupakan kaedah pemasaran percuma dan menjimatkan kos pengiklanan. Melalui Facebook, saya berjaya mendapat kontrak membekalkan stok satay kepada tiga buah restoran setakat ini. Aplikasi Whatsapp komuniti setempat. Promosi mulut ke mulut Rakan-rakan yang berpuas hati sering mempromosikan perniagaan daripada mulut ke mulut dengan rakan-rakan mereka yang lain.

PERNIAGAAN SAYA

  • Jenis perniagaan:
    • ____________________________________________________________________________________________________
  • Faktor kejayaan:
    • _____________________________________________________________________________________________________________________________
  • Pendapatan bersih:
    • _________________________
  • Kaedah pemasaran:
    • _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Menstabil dan memajukan perniagaan.

Langkah yang terakhir tapi masih belum berakhir, iaitu anda perlu menstabilkan dan memajukan perniagaan anda. Nampak mudah tetapi untuk mencapai matlamat bagi menstabilkan dan memajukan perniagaan, anda memerlukan ilmu yang lebih advance. Disini anda boleh membuat eksperimen, strategi yang mana berkesan untuk perniagaan anda. Tapi untuk membuat eksperimen, anda juga perlukan ilmu yang proven bagi mengelakkan risiko anda rugi besar. Anda boleh mengikuti kelas-kelas marketing berbayar untuk capai matlamat anda.

Ciri-Ciri Seorang Usahawan Yang Berjaya 

  • Motivasi Diri 
  • Berani 
  • Kecenderungan Diri 
  • Modal

Motivasi Diri 

Mempunyai impian dan iltizam untuk mencapai matlamat yang diingini dalam perniagaan. 

Berani 

Mempunyai keberanian keinginan yang amat kuat serta dedikasi untuk memulakan perniagaan sendiri. 

Kecenderungan Diri 

Lebih mudah untuk memulakan perniagaan jika anda mempunyai kecendurangan di dalam bidang yang diminati. Anda juga mesti mempunyai pengetahuan mengenai perniagaan yang anda rancang sebelum memulakan perniagaan. 

Modal 

Anda memerlukan wang tunai yang mencukupi untuk mengekalkan aliran tunai yang positif untuk sekurang-kurangnya tahun pertama perniagaan anda. Banyak perniagaan boleh ditubuhkan pada skala yang sangat kecil dengan pelaburan yang kecil. Setelah perniagaan berkembang dan anda telah mendapat pengalaman, aliran tunai dari perniagaan anda boleh digunakan untuk memperkembangkan perniagaan.

Kesimpulan 

Bagi golongan belia yang berpotensi serta berminat untuk membina perniagaan sendiri, rebutlah peluang yang ada. Pelbagai program serta latihan dan dana yang telah disediakan oleh pihak kerajaan serta swasta untuk memulakan perniagaan dalam apa jua sektor yang anda gemari. Setiap hasil kejayaan yang dikecapi adalah bermulanya dengan “Langkah Pertama.’Ayuh golongan belia, bersama berusaha meningkatkan pendapatan golongan muda melalui bidang perniagaan serta keusahawanan.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart